fbpx
Aminolhuda pada Majlis Berbuka Puasa Pimpinan PH Johor Bersama Media Johor di Trinidad Suites Hotel, Puteri Harbour, semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

PH Johor cadang PRN serentak dengan PRU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan serentak dengan Pilhan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, langkah itu adalah yang terbaik kerana ia menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan parti yang bertanding.

“Cadangkan itu adalah bertujuan untuk menjimatkan kos yang turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga semua (kos) yang terlibat.

“Kalau dua kali pilihan raya (PRN dan PRU-16 berasingan), maknanya semua sekali parti yang terlibat perlu mendapat dan mencari dana untuk pilihan raya,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Pimpinan PH Johor Bersama Media Johor di Trinidad Suites Hotel, Puteri Harbour, di sini semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN