BANDAR RAYA NEW YORK – Dua penumpang selamat selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas dan karam di sebatang sungai yang membeku di negeri New York, lapor akhbar Mirror UK.
Pesawat Cessna 172 itu terhempas di Sungai Hudson, timur Lapangan Terbang Antarabangsa Antarabangsa New York Stewart, Rabu lalu.
Pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) selepas menerima laporan.
Dua penumpang itu merupakan seorang juruterbang dan penumpang. Mereka berjaya keluar dari pesawat yang sedang tenggelam dan berenang ke tebing sungai.
Kedua-dua mangsa hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.
Dalam hantaran di platform X, Gabenor New York, Kathy Hochul berkata: “Syukur kepada Tuhan, kedua-dua mangsa selamat selepas pesawat itu mendarat cemas di atas ais dekat Newburg.”
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan. – AGENSI














