fbpx
GAMBAR 15 Januari lalu menunjukkan ibu pejabat BlackRock di San Francisco. - AFP

Pelabur bimbang, BlackRock hadkan pengeluaran dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Firma pengurusan aset terbesar dunia, BlackRock Inc. mengehadkan pengeluaran Dana Pinjaman Korporat HPS (HLEND) yang bernila iAS$26 bilion (RM102.6 bilion) kepada hanya 5 peratus daripada aset bersihnya, lapor laman berita Wion News hari ini.

Mekanisme ‘gating’(sekatan) itu diaktifkan ekoran lonjakan drastik dalam permintaan penebusan yang mencecah 9.3 peratus daripada pegangan saham, ketika pelabur mula bimbang dengan keadaan pasaran.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 4 tahun permintaan penebusan dana tersebut direkodkan melebihi had 5 peratus, sekali gus memberi isyarat tentang keresahan pelabur runcit dalam industri kredit swasta.

Firma tersebut menyatakan semalam bahawa pelabur telah memohon penebusan sebanyak 9.3 peratus daripada saham mereka, yang berjumlah kira-kira AS$1.2 bilion.

Bagaimanapun, dana tersebut telah menguatkuasakan had siling sebanyak 5 peratus, dan hanya membayar kira-kira AS$620 juta (RM2.4 bilion) kepada pelabur-pelabur terbabit, demikian berdasarkan pengiraan Bloomberg.

Firma BlackRock menjelaskan bahawa langkah itu merupakan ‘ciri asas’ bagi dana berkenaan.

“Tanpa mekanisme ini, akan berlaku ketidakpadanan struktur antara modal pelabur dan jangka masa pinjaman kredit swasta yang dilaburkan oleh HLEND,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

BlackRock merupakan pengurus aset terbesar di dunia, manakala Dana Pinjaman Korporat HPS yang bernilai AS$26 bilion itu adalah salah satu syarikat pembangunan perniagaan bukan dagangan terbesar dalam industri tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI