fbpx
KEADAAN kereta Perodua Myvi dipandu anggota tentera yang maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Lendu, Kampung Lendu, Alor Gajah pagi tadi.

Anggota tentera maut kereta dipandu bertembung lori 10 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang anggota tentera maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Lendu, Kampung Lendu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa lelaki yang berusia 25 tahun tersepit di tempat duduk kereta jenis Perodua Myvi dipandunya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.10 pagi.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki yang juga anggota tentera didapati tersepit di bahagian pemandu kereta berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.06 pagi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN