fbpx
Tangkap layar beberapa komen di media sosial menunjukkan rasa bersyukur tentang bayaran balik lebihan cukai pendapatan pada minggu kedua Mac ini.

‘Alhamdulillah, dapat juga buat belanja raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Proses bayaran balik lebihan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2025 yang akan dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan ini disambut dengan rasa syukur oleh rata-rata pembayar cukai di seluruh Malaysia.

Tinjauan di beberapa platform media sosial mendapati orang ramai sudah bersiap sedia menyemak akaun bank masing-masing bermula isnin ini.

Bagi kebanyakan individu, ia merupakan satu kelegaan kewangan untuk menampung pelbagai perbelanjaan mendesak susulan hari raya yang bakal tiba.

Menerusi hantaran komen oleh Rosse_lena75, dia bersyukur akan bayaran balik cukai pendapatan itu pada minggu kedua Mac ini.

“Alhamdulillah, dapat juga buat raya,” ujarnya.

Manakala pengguna Xiekeyoun pula berkata, semoga dia dapat bayaran balik cukai ini sebelum hari raya.

“Jadi lah, boleh buat tampung kos nak raya ini, syukur,” kata pula pengguna Masliana Mohd Som.

Ada juga pengguna berkata, bahawa melalui bayaran balik cukai pendapatan ini dia dapat memberikan duit raya kepada tetamunya kelak.

Orang ramai dinasihatkan untuk memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.

LHDN komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN