fbpx
Sultan Ibrahim memandu kenderaan sendiri bagi meninjau daerah Mersing pagi tadi.

Agong pandu sendiri 45 km tinjau Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri sejauh lebih 45 kilometer bagi meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor hari ini.

Seri Paduka Baginda menyusuri beberapa kawasan penempatan penduduk sebelum berangkat ke Jeti Tanjung Penyabong bagi melihat sendiri keadaan semasa lokasi tumpuan orang ramai dan pelancong.

Dalam titahnya, Sultan Ibrahim menegaskan aspek kebersihan serta penyelenggaraan kawasan perlu diberi perhatian berterusan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Mersing merupakan antara destinasi pelancongan popular, justeru aspek kebersihan mesti dipelihara supaya kawasan ini kekal indah dan selesa.

“Persekitaran yang bersih bukan sahaja memberi keselesaan kepada penduduk, malah mampu meningkatkan imej daerah itu sebagai destinasi pelancongan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata.

Lawatan berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta pembangunan kawasan pelancongan negeri.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI