fbpx
Ahmad Zahid (kanan) bersama Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) bergambar sebelum mempengerusikan Sesi Pertemuan Khas Bersama Pengurusan Tertinggi Felda di Menara Felda, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Tiba masanya nanti kita umumkan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Tak perlulah semua tahu itu semua. Tiba masanya nanti kita akan umumkan.”

Itu respons Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, apabila ditanya pihak media mengenai senarai (nama) pihak yang telah memohon untuk menyertai semula parti itu.

Ahmad Zahid menegaskan, jumlah bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung termasuk mana-mana individu yang memohon juga, tidak akan dikongsikan secara umum buat masa ini.

“Senarai saya tak berkongsi dengan media, itu hak kamilah,” katanya selepas menyempurnakan Sesi Pertemuan Khas Bersama Pengurusan Tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Menara Felda, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, UMNO mengumumkan membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung termasuk mana-mana individu yang ingin bersama semula dengan perjuangan parti itu.

Ahmad Zahid berkata, sempena keberkatan Ramadan, UMNO melihat bulan mulia itu sebagai waktu terbaik untuk umat Islam bermuhasabah serta memperbaiki hubungan dan memperkukuh ukhuwah.

Menurut beliau, kesempatan itu juga dilihat sesuai untuk mempertaut kembali tali perjuangan dalam kalangan ahli parti.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses tersebut dengan segera mengikut tatacara yang bersesuaian berdasarkan Perlembagaan UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI