fbpx
Fadzly (dua dari kanan) pada majlis berbuka puasa di Tenera Hotel, Bangi baru-baru ini.

Tenera Hotel terima anugerah daripada The BrandLaureate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Komitmen Tenera Hotel & Suites (Tenera Hotel) untuk mengekalkan kecemerlangan dan hospitaliti mesra muslim kini semakin mendapat pengiktirafan apabila hotel tersebut menerima anugerah Most Preferred Brand-Outstanding Muslim Friendly Hospitality & Event Space.

Anugerah tersebut diterimanya daripada The BrandLaureate Awards pada bulan Oktober tahun lalu.

Menurut Pengurus Besarnya, Fadzly Hamzah berkata, pengiktirafan ini akan terus mengukuhkan jenama hotel ini bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa sekali gus dapat menarik minat pelancong luar berkunjung ke hotel ini untuk merasai perkhidmatan mesra muslim yang berkualiti.

Jelasnya, hotel ini telah beroperasi sejak lapan tahun lalu dan semestinya ia sudah mencapai tahap matang dan pengiktirafan ini seiring dengan pencapaian hotel tersebut selama ini.

“Bila sudah masuk tahun kelapan dan pengiktirafan ini memberi satu penghargaan serta kepuasan kepada kumpulan warga kerja yang sentiasa menyokong Tenera Hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di hotel tersebut baru-baru ini.

Selain itu, Tenera Hotel kini sedang merangka pelan untuk mengamalkan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) khususnya sepanjang bufet Ramadan pada bulan puasa ini bagi mencapai pendekatan sifar pembaziran.

“Ramadan bukan sekadar bulan untuk menikmati juadah berbuka puasa malah menjadi bulan yang mendidik jiwa tentang kesederhanaan, rasa syukur dan tanggungjawab terhadap alam sekitar,” jelasnya.

Tambah beliau, pengurangan sisa makanan dan penggunaan bahan mesra alam membantu mengurangkan pelepasan karbon serta beban terhadap tahap pelupusan sampah.

Sementara itu, konsep bufet Ramadan pada tahun ini adalah Serantau Desa Citarasa Mendunia yang menghidangkan lebih 200 menu yang menggabungkan signatur hidangan dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan adalah Dalca lutut kambing, gulai kawah raja berangkat, lidah bakar, sup gear box, gulai Padang urat keting, pecel sayur, ayam pop, rendang Riau, nasi khao mok, kambing panggang, tom yam merah, som tam dan pulut mangga.

Harga bufet Ramadan yang ditawarkan pada tahun ini adalah RM148 bagi dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI