fbpx
Gambar hiasan.

Tarikh keputusan SPM 2025 diumum Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Teka-teki sama ada tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diumumkan sebelum atau selepas Aidilfitri, dijangka diketahui Isnin depan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, Lembaga Peperiksaan (LP) akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu nanti.

“Sebenarnya semua dah sedia, tapi kita telah mengambil kira pandangan pada semua pihak dan kita akan menunggu bila akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bila keputusan SPM akan keluar.

“Kita sudah berdoa untuk anak-anak kita sebab Ramadan ini waktu yang paling mustajab, detik yang dikabulkan doa,” katanya ketika ditemui selepas Program Jaulah Ramadan KPM Tahun 2026 Wilayah Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya, pengumuman tarikh itu diharap memberi keselesaan kepada semua termasuk ibu bapa, masyarakat dan calon SPM 2026 itu sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN