fbpx
Huang berucap kepada pemberita di Singapura semalam. - CNA/Raydza Rahman

Singapura sedia penerbangan, bawa pulang rakyat dari Oman, UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Singapura akan mengatur penerbangan repatriasi bagi membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Muscat, Oman susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor saluan berita CNA. 

Menteri Ehwal Luar, Gan Siow Huang berkata, penerbangan repatriasi itu akan menampung rakyat Singapura yang kini berada di Oman dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Kira-kira 60 peratus rakyat Singapura telah mendaftar secara elektronik dengan Kementerian Luar Singapura (MFA) untuk kembali ke tanah air sejak perang bermula. 

MFA dalam satu kenyataan di platform Facebook berkata, penerbangan kedua pada 8 Mac ini telah diaturkan ekoran permintaan yang tinggi dengan rakyat Singapura di UAE akan dihantar ke Muscat melalui bas. 

“Pasukan konsulat dan kedutaan kami bekerja keras di lapangan untuk mencari jalan keluar kerana ia melibatkan situasi keselamatan yang mencabar dan sukar di samping menyelaras dengan pihak berkuasa serta syarikat penerbangan bagi mendapatkan pilihan pelepasan,” kata Huang.

Berdasarkan e-mel yang dihantar kepada seorang warga Singapura di Abu Dhabi, penerbangan pertama akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat  pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) esok dan tiba di Singapura pada pukul (9.20 malam) hari yang sama.

MFA mengerahkan pasukan tindak balas krisis ke rantau itu termasuk tiga pegawai di Muscat. Dua lagi pegawai akan dikerahkan ke Riyadh dalam masa beberapa hari akan datang.

Huang menambah, MFA akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa tempatan di Asia Barat bagi menilai kemungkinan penerbangan repatriasi tambahan, tertakluk kepada laluan penerbangan serta jadual pembukaan semula lapangan terbang.

Beliau menggesa warga Singapura di Asia Barat untuk mencari perlindungan dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI