fbpx
KEJADIAN pokok tumbang menyebabkan tiga kenderaan rosak di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh hari ini.

Ribut kuat , pokok tumbang hempap tiga kereta di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Enam individu yang menaiki tiga buah kereta berdepan detik cemas apabila ribut kencang menyebabkan pokok tumbang lalu menghempap kenderaan mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pokok tumbang pada pukul 4.43 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian pokok tumbang itu melibatkan dua batang pokok yang menghempap tiga buah kenderaan iaitu jenis Proton Saga dan Persona serta Volkswagen. Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN