fbpx
MBAPPE (duduk) merupakan aset utama Real sejak berhijrah daripada Paris Saint-Germain sebelum ini. - AFP

Mbappe mungkin terlepas Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Berbaki kurang 100 hari sebelum saingan Piala Dunia 2026 membuka tirai, kem pasukan Perancis berdepan detik cemas apabila penyerang sensasi, Kylian Mbappe mungkin terpaksa digugurkan.

Ia berikutan kecederaan lutut berulang dialami pemain Real Madrid itu sejak tiga bulan lalu selain masih diturunkan ketika berdepan Osasuna bulan lalu biarpun sedang mengalami kecederaan koyak ligamen.

Kem Mbappe sudah mula menyuarakan rasa bimbang pemain itu kemungkinan tidak dapat beraksi pada Piala Dunia nanti , sekali gus berharap Real menguruskan dengan baik kecederaan dialaminya.

Difahamkan, Los Blancos tetap mahu menurunkan Mbappe pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu depan walaupun perancangan itu tidak mendapat persetujuan pihak Mbappe.

Jurulatih Real, Alvaro Arbeloa menyuarakan hasratnya untuk melihat pemain berusia 28 tahun itu kembali cergas sepenuhnya dan menjelaskan kelab tidak akan memaksa dia bermain selagi belum pulih.

“Kami mahu dia pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami ketika ini. Saya yakin dia akan kembali dengan kadar segera kerana Mbappe merupakan pemain yang sangat penting untuk pasukan,” katanya.

Terdahulu, Mbappe mengambil keputusan untuk pulang ke Perancis bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik selepas dia dikatakan tidak berpuas hati dengan rawatan diberikan oleh pasukan perubatan Real. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN