fbpx
ANGGOTA polis menahan lelaki tempatan yang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat. Foto IHSAN POLIS

Lelaki buat ‘hal’ dalam masjid ada kad OKU, bukan orang Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, di sini petang semalam akhirnya dapat diberkas pihak polis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek berusia 20 tahun ditahan pada pukul 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Segamat.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan merupakan penduduk Segamat dan memegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori pembelajaran. Suspek juga tiada rekod lampau dan bebas pengambilan bahan terlarang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jumazanzahir berkata, pemuda itu direman selama empat hari sehingga 9 Mac ini bagi melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang jemaah wanita sedang menunaikan solat sunat dhuha di sebuah masjid didatangi lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Video rakaman televisyen litar tertutup masjid tersebut kemudian tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN