fbpx
Mohamad (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada pengunjung yang hadir ke Program Sentuhan Agro Madani - Majlis Pelancaran Karnival Cahaya Aidilfitri dan Majlis Iftar Kasih di RTC Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Konflik Asia Barat: Laporan sekuriti makanan dibentang minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pegawai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membentang laporan mengenai tahap sekuriti makanan negara pada minggu depan selepas krisis dan konflik yang melanda Asia Barat dilihat mampu memberi tekanan kepada harga minyak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, laporan tersebut diperlukan untuk melihat sama ada krisis di rantau itu memberi impak yang besar kepada negara ini atau sebaliknya.

“Ada bahan-bahan import ke negara kita datang dari Asia Barat, tetapi ia tidak banyak. Negara utama yang merupakan rakan dagangan kita adalah negara ASEAN selain India, Pakistan, Australia, New Zealand, Brazil, China.

“Justeru, KPKM telah mengarahkan pegawai di peringkat sekuriti makanan dan antarabangsa untuk membuat laporan dalam masa seminggu mengenai kesan krisis tersebut terutamanya akibat kenaikan harga minyak,” katanya pada sidang akhbar semasa hadir ke Program Sentuhan Agro Madani – Majlis Pelancaran Karnival Cahaya Aidilfitri dan Majlis Iftar Kasih di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu memberitahu, beliau tidak menolak kenaikan harga minyak berkemungkinan akan memberi kesan kepada bahan makanan.

Menurutnya, bagaimanapun, kesannya konflik itu terhadap aspek sekuriti makanan dapat dilihat selepas dua minggu krisis di Asia Barat berlaku iaitu pada minggu depan.

Kosmo! Online semalam melaporkan, konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini masih belum menjejaskan keterjaminan bekalan makanan negara berikutan kebanyakan sumber import makanan tidak melibatkan negara di rantau tersebut.

Mohamad berkata, buat masa ini, barang-barang terutamanya sumber makanan utama tidak terjejas kerana kawasan yang berkonflik itu berlaku di negara Teluk.

“Justeru, ini tidaklah terlibat hal makanan secara besar-besaran bagi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui krisis dan konflik yang berpanjangan di Asia Barat mampu memberi tekanan kepada harga minyak di negara ini.

MenurutnyaC ketika ini, kerajaan masih lagi mampu bertahan termasuk mengekalkan harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI