fbpx
Keadaan khemah peniaga bazar Ramadan yang rosak akibat hujan lebat dan ribut kuat di Cyberjaya petang tadi.

[VIDEO] Khemah bazar di Cyberjaya ‘melayang’ dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Beberapa peniaga bazar Ramadan di sekitar Plaza Crystalville di sini terpaksa berputih mata apabila khemah perniagaan dan jualan mereka diterbangkan ribut dalam kejadian berlaku petang tadi.

Berdasarkan beberapa perkongsian video di laman media sosial Threads, mendapati beberapa peniaga di kawasan itu terpaksa menahan khemah mereka daripada diterbangkan ribut berkenaan.

Seorang pengguna Threads, Not.vixx berkata, beliau mendoakan agar semua peniaga itu dipermudahkan urusan selepas ditimpa kejadian berkenaan.

“Macam mana keadaan dekat bazar itu, semoga semuanya dipermudahkan,” katanya tadi.

Selain itu, beberapa pengguna Threads turut berkongsi beberapa video yang memaparkan mereka turut terjejas dengan ribut berkenaan yang turut dilaporkan berlaku di Cybersouth, Putrajaya dan Glomac, Cyberjaya.

Dalam perkongsian itu turut memaparkan sebuah kereta dihempap pokok, namun tidak dapat mengesahkan bagaimana keadaan pemilik ketika ini.

“Ribut dan pokok tumbang tadi dekat kawasan Glomac, kesian dekat pemilik kereta dekat raya ini, semoga dipermudahkan urusan,” katanya.

Ketika ini, Kosmo! cuba mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN