fbpx
Mohd Khalid - GAMBAR HIASAN

Ketagih Roblox, video perang punca tiga remaja sertai militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Terpengaruh dengan permainan dalam talian seperti Roblox dan menonton kandungan perang dipercayai menjadi punca tiga remaja terlibat dalam aktiviti kumpulan militan Islamic State (IS) sebelum ditahan bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, remaja berusia bawah umur itu turut aktif menyertai kumpulan WhatsApp, Telegram dan Discord yang mempromosi ideologi radikal, menyebarkan propaganda IS, dan merancang serangan ke atas balai polis serta fasiliti awam.

“Kecenderungan melayari media sosial berkaitan perperangan dan krisis geopolitik di Timur Tengah dan online gaming khususnya Roblox membentuk minda suspek ke arah fahaman radikal seusia remaja.

“Pembentukan pemikiran radikal melalui medium dalam talian berpotensi memberi kesan serius kepada perkembangan mental golongan muda,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khalid, pendedahan berterusan terhadap kandungan negatif atau berunsur ekstrem di platform digital sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku golongan tersebut.

“Perkara itu sekali gus mendorong kepada tindakan impulsif, agresif serta meningkatkan risiko berlakunya insiden yang boleh mengancam keselamatan awam dan ketenteraman negara.

“Mereka ini terlalu terdedah dengan apa jua isu yang ada dalam media sosial. Kemudian, ketaasuban bermain permainan video yang kadangkala mendorong mereka merasakan bahawa perlu melakukan serangan, peperangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menyebut peristiwa di Ulu Tiram, Johor pada 2024 yang melibatkan keganasan, yang mana doktrin bermula dalam pemikiran.

“Mereka ini biasanya bersama-sama dalam satu kumpulan tertentu dan didikan itu dibuat secara berterusan sehingga mewujudkan individu yang bertindak secara sendiri sehingga berlakunya kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang menyebabkan dua anggota polis maut, manakala seorang cedera.

“Melihat perkara-perkara begini, dengan tindakan pemantauan yang dilakukan Cawangan Khas sejak 2024, kita melihat perkara ini berlaku di media sosial dan dianggotai oleh kumpulan yang sebegini rupa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI