fbpx
Ismail Hasim (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Negeri Perlis di Kangar, hari ini.

Tinggal ganja RM4.17 juta di tepi batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas ketulan mampat dipercayai ganja yang ditinggalkan di tepi batu di Jalan Pesisir Pantai, Ruat, Yan, Kedah pada 22 Februari lalu.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis membuat serbuan di lokasi itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan enam bungkusan plastik hitam di dalamnya mengandungi 79 ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis yang dianggarkan berat sebanyak 87.54 kilogram (kg) bernilai RM262,620 ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan.

“Turut dijumpai adalah 90 bungkusan plastik lut sinar kedap udara berisi tumbuhan kering disyaki bunga kanabis dengan berat 48.964 kg bernilai RM3.917 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ismail berkata, jumlah keseluruhan rampasan ganja itu adalah sebanyak 136.504 kg dan bernilai RM4.17 juta.

Tambahnya, modus operandi suspek adalah dengan meninggalkan bungkusan plastik berisi dadah di pesisir pantai untuk dipungut oleh
individu lain.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI