fbpx
LAGU raya baharunya, Raya menerima pelbagai respons termasuk dikatakan tidak sama level dengan taraf selaku Biduanita Negara, Siti Nurhaliza menyeru agar para peminat meraikan karya baharun itu seadanya.

‘Jangan berbalah, nikmatilah kolaborasi saya dengan pencipta baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada peminat yang terus memberi sokongan terhadap karya-karyanya terutamanya koleksi lagu raya.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, mengakui kekuatan lagu raya lamanya yang kekal menjadi pilihan setiap tahun adalah hasil kesetiaan peminat yang menjadikannya malar segar.

“Terima kasih peminat lagu raya saya. Anda ada banyak pilihan lagu raya saya ya.

“Terima kasih bagi yang kekal meminati lagu raya lama saya. Saya memang perlukan anda sebab menjadikan lagu lama saya sentiasa evergreen (malar segar).

“Jangan move on ya,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, pelantun lagu menamakanmu Cinta itu berharap peminatnya dapat menyokong juga lagu raya sentuhan moden daripada komposer muda.

“Peminat lagu raya baharu pula nikmatilah kolaborasi saya dengan pencipta baharu yang menyemarakkan industri seni negara,

“Jangan berbalah ya, kita ambil giliran pilih lagu. Strim banyak-banyak tau terima kasih,” ujarnya.

Sebelum ini, Siti melancarkan lagu Beraya Dengan Saya ciptaannya bersama Iqie Hugh dan Omar K.

Namun, pelbagai reaksi yang diterima usai melancarkan lagu tersebut termasuk kecaman mengenai karya yang dianggap tidak mencapai kualiti yang diharapkan daripada seorang penyanyi bertaraf biduanita seperti Siti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI