fbpx
PELUMBA Ducati, Marc Marquez turun membuka saingan musim ini dengan status sebagai juara bertahan. - AFP

GP Qatar mungkin ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Qatar dijadual berlangsung pada 2 April ini berdepan kemungkinan ditangguhkan susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP, Carmelo Ezpeleta mengakui buat kali pertama penganjuran perlumbaan di Litar Antarabangsa Lusail itu berada dalam keadaan tidak menentu berikutan gangguan perjalanan global selepas beberapa ruang udara di rantau berkenaan ditutup.

Ketegangan tercetus selepas serangan bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu lalu mencetuskan serangan balas di beberapa kawasan.

Menurut Ezpeleta, pihak penganjur sedang berbincang secara intensif dengan Qatar sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perlumbaan tersebut.

“Kami perlu tunggu perkembangan seterusnya dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi. Kemungkinan untuk berlumba pada 12 April agak tipis, tetapi saya juga tidak boleh katakan ia pasti dibatalkan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan MotoGP mempunyai pelan alternatif sekiranya perlumbaan itu tidak dapat diteruskan mengikut jadual asal.

Bagaimanapun, Ezpeleta menegaskan pihaknya tidak bercadang untuk mencari lokasi baharu bagi menggantikan Qatar sekiranya perlumbaan tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Berlumba di tempat lain? Sudah tentu tidak. Namun, kami sentiasa mampu menyusun semula jadual perlumbaan. Kami akan mengetahui sesuatu tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN