fbpx
Pengurusan kanan Fourkay, hotel dan anak yatim bergambar bersama selepas majlis berbuka puasa di Le Meridean Putrajaya baru-baru ini.

Fourkay catat pertumbuhan jualan 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Fourkay Gold (Fourkay), peneraju industri pembelian emas gadaian (surat pajak gadai) dan yang pertama memiliki sijil kepatuhan syariah, mencatat pengukuhan jualan sehingga 70 peratus pada tahun lalu ekoran pelan promosi yang lebih aktif untuk mengukuhkan jenama serta menghebahkan tentang pengoperasian syarikat kepada umum di pasaran.

Ketua Pegawai Operasinya, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus berkata, sebelum ini, ramai yang tidak tahu mengenai Fourkay yang bersedia menerima surat pajak gadai dan melakukan transaksi mengikut syariah, jadi kami dengan kumpulan pemasaran sedia ada begitu komited berusaha untuk  menembusi pasaran.

Menurut beliau, ternyata usaha gigih ini berbaloi sehingga syarikat mampu mencatat pertumbuhan jualan yang menggalakkan dan akan meneruskan kempen untuk menguasai pasaran yang lebih besar pada tahun ini dan akan datang.

“Jika sebelum ini, kami hanya ada cawangan di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka tetapi kini ia telah meluas ke seluruh negara, kami ada kumpulan tertentu yang bergerak ke seluruh negara.

“Kami mahu kuasai pasaran yang lebih meluas dan antara inisiatifnya adalah dengan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan juga koperasi-koperasi pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi membeli baju raya di pusat beli-belah, berbuka puasa bersama dan menyerahkan sumbangan berupa duit raya kepada  39 anak yatim dari sekitar Semenyih  di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay Gold Mohamad Sanusi Mohd Isa.

Selain itu, Puteri Ainsyah menjelaskan, ekoran kejayaan syarikat mengukuhkan jenama dan operasinya dalam industri tersebut, Fourkay telah menerima pelawaan daripada dua buah bank Islamik dan juga beberapa koperasi utama  di negara ini untuk menawarkan khidmat kerjasama dan perundingan dalam industri tersebut.

Syarikat berbesar hati dengan pelawaan tersebut dan bakal mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan bank-bank dan koperasi tersebut tidak lama lagi.

Sehingga kini, Fourkay telah membantu lebih daripada 30,000 pelanggan di seluruh negara untuk membantu pelanggan mendapatkan solusi kecairan tunai secara selamat, profesional dan bertanggungjawab. 

Melalui sijil kepatuhan syariah yang dimilikinya akan  memastikan setiap transaksi dijalankan mengikut prosedur yang sah serta berpandukan prinsip integriti dan keadilan. 

Dalam pada itu, beliau memberitahu kenaikan harga emas di pasaran tidak memberi kesan kepada jualan hariannya kerana transaksi jualan hanya berpandukan kepada harga ‘buy back’ emas dan bukan kepada kenaikan harga emas di pasaran.

Bagaimanapun, Puteri Ainsyah memaklumkan jumlah transaksi jualan pada musim perayaan ini meningkat sekali ganda ekoran kecenderungan pelanggan untuk mendapatkan wang untuk keperluan menyambut hari raya tidak lama lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN