fbpx
Beberapa pegawai FBI membawa suspek memasuki sebuah pesawat peribadi yang mendarat di Malaysia.

FBI hargai bantuan Malaysia tahan suspek jenayah seksual kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Bangladesh yang dikehendaki sejak 2022 kerana disyaki menjalankan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak di peringkat antarabangsa akhirnya diserahkan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) baru-baru ini.

Pengarah FBI, Kash Patel berkata, suspek dikenali sebagai Zobaidul Amin, 28, telah ditahan sebelum dipindahkan oleh FBI dari Malaysia ke Alaska, Amerika Syarikat, malam tadi.

Beliau berkata, Zobaidul yang menjadi buruan sejak 2022 akan dibawa ke mahkamah di Alaska untuk menghadapi beberapa pertuduhan berkaitan pengendalian perusahaan eksploitasi seksual kanak-kanak merentasi sempadan negara.

“Suspek telah dipindahkan oleh pasukan FBI Anchorage dari Malaysia ke Amerika Syarikat dan akan berdepan pertuduhan di Alaska hari ini.

“Maklumat lanjut mengenai kes ini akan diumumkan kemudian,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.

Dalam pada itu, Patel turut merakamkan penghargaan kepada pejabat perhubungan undang-undang FBI di Malaysia, FBI Legal Attaché Kuala Lumpur (Legat Kuala Lumpur), selain kerajaan Malaysia serta rakan agensi tempatan yang membantu siasatan dan penahanan suspek.

Beliau juga menzahirkan terima kasih kepada pasukan FBI Anchorage atas usaha cemerlang dalam mengendalikan kes tersebut.

Terdahulu, pada tahun 2022 Kosmo! Online melaporkan perbuatan jijik seorang bakal doktor yang menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI