fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penunggang motosikal ‘diserang’ kawanan kelkatu semasa melintas sebuah jambatan. - X

Beribu-ribu kelkatu ‘serang’ penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Nganjuk, wilayah Jawa Timur berdepan detik cemas apabila mereka diserang kawanan kelkatu semasa melintas sebuah jambatan sehingga mengaburkan pemandangan, lapor laman berita Kompas. 

Kejadian berlaku di Jambatan Kertosono berhampiran Desa Banjardowo baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @sharpandshark menunjukkan orang ramai menunggang motosikal secara perlahan apabila beribu-ribu kekaltu berterbangan di jambatan. 

Seorang penduduk tempatan, Dewi Fatimah berkata, fenomena kelkatu itu berlaku sekian lama di jambatan tersebut. 

“Serangga itu sering muncul selepas hujan lebat mula reda,” kata Dewi. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bahaya kalau masuk hidung,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI