fbpx
Muhammad Fakrullah.

Anggota polis trafik maut elak lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Gara-gara mengelak lubang, seorang anggota polis trafik berpangkat koperal maut dalam kemalangan di Kilometer 35 Jalan Kuala Berang berhampiran Ajil di sini hari ini.

Muhammad Fakrullah Jamal, 30-an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu cedera parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan dalam kemalangan pukul 4.10 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Fakrullah dalam perjalanan untuk bertugas dalam Operasi Samseng tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Mangsa membonceng motosikal yang ditunggang Ketua Trafik Hulu Terengganu, Inspektor Syam Suri Hamat. Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas selepas dikatakan mengelak lubang di jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sharudin berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu namun Muhammad Fakrullah meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan sementara Syam Suri yang cedera ringan pula menerima rawatan sebagai pesakit luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI