fbpx
Gambar hiasan.

Anak tidak boleh bayarkan zakat fitrah ibu bapa – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak tidak boleh untuk bayarkan zakat fitrah bagi pihak ibu bapa kecuali diizinkan dan minta kebenaran terlebih dahulu.

Itu penjelasan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi soal jawabnya baru-baru ini.

Jelas Ustaz Azhar, anak tidak boleh pandai-pandai untuk membayar zakat fitrah ibu bapanya walaupun berkemampuan.

“Tak boleh bayar zakat untuk ibu bapa kita kecuali minta izin dahulu dan diberi kebenaran oleh ibu bapanya.

“Jika tidak ibadah itu tidak sah, itulah benda ni kalau tidak ada ilmu semua akan huru-hara,” jelasnya.

Tambah Uztaz Azhar, sama juga situasinya jika isteri rasa rajin nak bayarkan zakat kepada suaminya, perlu minta keizinan terdahulu.

“Isteri tu kalau rasa banyak duit dan nak tolong bayarkan kepada suami, minta izin dahulu dan perlu ada kebenaran daripadanya,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN