fbpx
Pengarah Eksekutif AMB, Yong Kum Cheng (dua dari kanan) bersama Lau Chin Mun (kanan) dan Pengarang KOSMO!, Ismail Daud (tiga dari kanan) menyerahkan bubur lambuk kepada sebahagian daripada penduduk Flat Seri Sabah di Cheras baru-baru ini.

Ajinomoto kongsi berkat bubur lambuk sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) meneruskan tradisi berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui program Kongsi Berkat Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.

Melalui program yang dianjurkan bersama Media Mulia Sdn Bhd di Perumahan Awam (PA) Flat Seri Sabah 3B, Cheras, disini, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk setempat sebagai juadah berbuka puasa.

Pakar Bahagian Komunikasi Perniagaan dan Korporat AMB, Muhd Afiq Al-Hafiz berkata, program tersebut adalah antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk meraikan keistimewaan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan dengan pengguna.

Muhd Afiq

Menurutnya, objektif utama program Kongsi Berkat Bubur Lambuk adalah untuk berkongsi rezeki bersama penduduk PA Flat Seri Sabah yang dianggap sebagai salah satu komuniti pengguna setia produk Ajinomoto.

“Sebagai sebuah syarikat yang berasaskan makanan, Ajinomoto Malaysia mahu menyumbang kembali kepada komuniti yang selama ini menyokong produk kami.

“Penduduk di Flat Seri Sabah ini adalah antara pengguna produk Ajinomoto. Jadi melalui program ini, kami ingin berkongsi kembali rezeki dan menghargai sokongan mereka,” katanya ketika ditemui pada program tersebut di sini kelmarin.

Menurut Muhd Afiq, pemilihan bubur lambuk sebagai hidangan utama bukan sahaja kerana ia sinonim dengan Ramadan, tetapi menjadi simbol perpaduan dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, walaupun menggunakan produk Ajinomoto dalam masakan, pendekatan yang diketengahkan adalah penggunaan bahan yang seimbang dengan pengurangan kandungan sodium tanpa menjejaskan rasa makanan.

Bubur lambuk yang dimasak menggunakan campuran daging dan tulang lembu memberikan kelainan dan keunikan dari segi rasa.

“Bubur lambuk bukan sekadar juadah berbuka puasa, tetapi juga lambang kebersamaan masyarakat. Melalui agihan bubur lambuk ini, kami dapat mendekati komuniti dengan lebih dekat sambil menyampaikan mesej mengenai pemakanan yang seimbang dan lebih sihat.

“Setiap tahun Ajinomoto akan memperkenalkan produk baharu. Sebagai contoh pada program kali ini, kami menggunakan Perencah Pati Ayam TUMIX® dan Lada Berperisa AJI-SHIO® yang membantu menghasilkan rasa lebih sedap walaupun dengan kandungan sodium yang lebih rendah,” katanya.

Selain itu, Pengurus Besar merangkap Timbalan Ketua Komunikasi Korporat dan Perniagaan, Lau Chin Mun pula berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memperluaskan penganjuran program agihan bubur lambuk ke lebih banyak negeri pada masa akan datang.

Menurut beliau, salah satu produk keluaran Ajinomoto iaitu Seri-Aji sebenarnya telah memulakan aktiviti membuat bubur lambuk sejak beberapa tahun lalu dengan kerjasama pelbagai pihak seperti media. pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan lain-lain lagi.

“Aktiviti membuat hidangan ini sebenarnya amat sinonim dengan syarikat kami memandangkan Ajinomoto juga mempunyai pelbagai produk untuk dimasak bersama bubur lambuk.

“Justeru, pada masa hadapan, kami akan mempertimbangkan untuk meluaskan program ini ke lebih banyak negeri supaya dapat menyumbang dan berkongsi rezeki dengan lebih ramai masyarakat,” katanya.

AZIZ

Sementara itu, ketua tukang masak, Aziz Ninggal, 56, berkata dia keluar seawal pukul 5 pagi untuk membeli barang basah dan kering sebelum proses penyediaan bersama kira-kira 10 kru memasak yang lain dimulakan sekitar pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, sebaik sahaja semua bahan seperti sayur-sayuran dan daging siap dipotong, pasukannya mula memasak serentak dua jenis bubur lambuk sekitar pukul 8 pagi sebelum proses memasak selesai kira-kira empat jam selepas itu.

Aziz berkata, bubur lambuk yang dihasilkan mempunyai kelainan tersendiri kerana menggunakan campuran daging dan tulang lembu bagi menghasilkan rasa yang lebih manis dan berlemak.

“Selalunya orang letak daging sahaja, tetapi saya campurkan sekali dengan tulang lembu. Daripada tulang itu akan keluar rasa manis yang menjadikan bubur lebih sedap. Kami sediakan dua periuk besar bubur lambuk daging dan satu periuk besar bubur lambuk ayam dengan jumlah penghasilan untuk 1,000 bekas,” katanya.

Pembantu pentadbir di sebuah syarikat swasta itu berkata, program memasak bubur lambuk ini adalah aktiviti tahunan yang diteruskan sejak dahulu sebagai usaha mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk.

Tambahnya, perancangan program biasanya dibuat seminggu atau dua minggu sebelum Ramadan dengan pembahagian tugas kepada beberapa kumpulan bagi memastikan proses penyediaan berjalan lancar.

“Sebelum ini saya bertindak sebagai pembantu tukang masak, namun tahun ini saya mengetuai dan mengambil tanggungjawab menguruskan dari awal hingga akhir bersama bantuan penduduk setempat.

“Dengan adanya kerjasama pihak Ajinomoto tahun ini, ia menjadikan momen sangat istimewa untuk kami, kerana syarikat memilih Flat Sri Sabah sebagai lokasi. Saya harap program sebegini dapat diteruskan pada Ramadan tahun-tahun akan datang,” katanya.

Salah seorang penduduk, Rohana Md Don, 69, berkata dia amat gembira program sebegini dijalankan kerana dapat mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk apabila gotong-royong dan rewang memasak bubur lambuk dilaksanakan.

Menurut surirumah ini, dia berasa gembira apabila menjadi antara penduduk yang terlibat dalam aktiviti rewang sejak pukul 8 pagi dengan membantu menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk.

Sarojini

“Tambah pula Ajinomoto menjadi pelengkap program tahun ini. Dapat pula satu beg ‘goodies’ barangan Ajinomoto. Saya memang guna Ajinomoto dari dulu sampai sekarang, wajib guna. Produk ini lain daripada perasa masakan lain. Ibarat pelengkap masakan,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang telah menetap selama 40 tahun di PA Flat Seri Sabah 3B, Sarojini Muniandy, 65, berkata ini merupakan kali pertama dia mengambil juadah bubur lambuk yang diagihkan di kawasan tersebut.

Menurutnya, suasana program itu sangat meriah apabila dilihat dari tingkat 12 rumahnya apabila penduduk setempat keluar bersama-sama untuk mendapatkan juadah istimewa itu.

“Memang nampak meriah, semua orang tak kira apa bangsa dijemput datang ambil. Saya pun rasa teruja sebab walaupun sudah 40 tahun tinggal di sini, ini kali pertama saya ambil bubur lambuk yang diagihkan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI