fbpx
Tangkap layar video tular seorang wanita menghalau gajah di kwasan rumahnya di Bukit Samsu, Kota Tinggi.

[VIDEO] Gajah dengar cakap mak-mak halau suruh balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang penduduk di Bukit Samsu, di sini menghalau dua ekor gajar liar yang ‘berkunjung’ ke kawasan perumahannya dengan sopan sehingga menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video berdurasi 21 saat yang tular di media sosial, haiwan itu dilihat seperti akur mendengar kata-kata wanita tersebut sebelum beredar meninggalkan kawasan berkenaan.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur apabila wanita itu mengarahkan gajah pulang ke habitat dengan menggunakan suara dan nada lembut seolah-olah bercakap dengan kanak-kanak.
“Balik haa, balik..haa dah bawa balik..ni haa dua ekor ni…haa dah, pergi balik,” katanya sebelum melihat mamalia tersebut berlalu pergi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut, namun anggota sudah diarahkan untuk menyiasat insiden berkenaan.

“Setakat ini, kita belum terima lagi laporan. Anggota kita akan siasat,” katanya ringkas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN