fbpx
Tangkap layar beberapa video tular di media sosial memaparkan banjir kilat di R&R Nilai sekitar pukul 7 petang tadi.

[VIDEO] Banjir kilat R&R Nilai, air masuk sampai ruang makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan petang tadi menyebabkan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai dilanda banjir kilat sehingga air melimpah masuk ke ruang makan premis di kawasan tersebut.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan air berwarna coklat mengalir deras sehingga menenggelami sebahagian kawasan tempat makan dan laluan pejalan kaki di hentian berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan lantai ruang makan dipenuhi air lumpur sehingga memaksa beberapa peniaga dan pekerja premis bertindak mengalihkan barangan bagi mengelakkan kerosakan.

Dalam rakaman tersebut juga kelihatan arus air yang kuat di kawasan parkir berhampiran hentian rehat berkenaan sehingga tandas awam dan sebahagian kawasan ditenggelami air.

Selain itu, stesen minyak berdekatan R&R juga dilihao dinaiki air sehingga memaksa sebahagian penunggang motosikal yang berteduh untuk bergerak ke bahagian tengah.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak sehingga 12 kilometer dari arah Kajang menuju ke Nilai susulan kejadian banjir kilat di Kilometer 287 petang tadi.

Astro Radio Traffic memaklumkan, setakat pukul 7.30 malam tadi menyebabkan semua lorong menghala ke selatan terhalang sepenuhnya.

Selain itu, lorong kecemasan dan lorong kiri bagi arah utara turut terhalang akibat limpahan air, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik sejauh kira-kira lima kilometer dari arah Nilai menuju ke Bangi.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI