fbpx
Tangkap layar video yang dikongsi beberapa pengguna di jalan raya memaparkan banjir kilat dari Kajang menuju ke Nilai Utara, di KM287 Lebuh Raya Utara-Selatan.

[VIDEO] Banjir kilat di Kajang ke Nilai Utara, sesak 12 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak sehingga 12 kilometer dari arah Kajang menuju ke Nilai Utara susulan kejadian banjir kilat di Kilometer 287 petang tadi.

Astro Radio Traffic memaklumkan, setakat pukul 7.30 malam tadi, semua lorong menghala ke selatan terhalang sepenuhnya.

Selain itu, lorong kecemasan dan lorong kiri bagi arah utara turut terhalang akibat limpahan air, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik sejauh kira-kira lima kilometer dari arah Nilai menuju ke Bangi.

Difahamkan, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai arah utara juga ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan risiko kepada pengguna lebuh raya.

Terdahulu pada pukul 7.11 malam, beberapa pengguna media sosial berkongsikan video memaparkan beberapa kenderaan tersekat di kedua-dua arah antara Bangi dan Bandar Baru Nilai di KM287.

Selain trafik yang tidak bergerak, beberapa pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal juga dilihat tidak dapat meneruskan perjalanan kerana keadaan air yang melimpah ke atas jalan sehingga menghalang pergerakan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI