fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim berkenaan terima laporan kemajuan Masjid Tunku Laksamana 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat terkini laporan kemajuan kerja pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Mufi Johor Datuk Yahya Ahmad.

Hadir sama pada taklimat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Mohd Radzi Mohd Amin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Nasri Ali dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Ir Zainal Tumian.

“Masjid berkenaan dibina hasil peninggalan wang anakanda Seri Paduka Baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang mangkat pada 5 Disember 2015.

“Masjid yang dibina di Jalan Kolam Air berhampiran Istana Bukit Serene itu mampu memuatkan hampir 1,000 jemaah,” tulis hantaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN