fbpx
PENYERANG Spurs, Richarlison (tengah) langsung tidak memainkan peranan buat pasukan ketika tewas kepada Fulham baru-baru ini. - AFP

Spurs terdesak selamatkan maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tonggak tengah Tottenham Hotspur, Yves Bissouma tampil meminta bantuan daripada penyokong pasukan untuk kekal bersatu bersama kelab berada dalam situasi sukar.

Spurs kini berada di titik terendah apabila mengalami empat kekalahan berturut-turut dan perlu segera bangkit pada pertemuan dengan Crystal Palace awal pagi esok.

“Saya tiada kata-kata untuk meluahkan kekecewaan terhadap situasi yang kami hadapi sekarang. Sudah pasti kami tidak gembira kerana apa yang berlaku sekarang adalah bukan yang kami mahukan.

“Jika bersatu, kami mampu mengubah keadaan ini dan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Kami akan mulakannya pada perlawanan selepas ini (menentang Palace).

“Kami perlukan semua orang termasuk juga penyokong. Mereka adalah cukup penting buat kami khususnya semasa kami bermain di laman sendiri dan sekarang adalah masanya untuk kami merubah situasi pasukan,” katanya.

Spurs kini bergelut di kelompok bawahan liga apabila hanya memperoleh 29 mata daripada 28 perlawanan yang dilalui setakat ini sekali gus menuntut magis daripada pengendali baharu pasukan, Igor Tudor.

“Kami akan melakukannya di mana ada beberapa perkara yang perlu dibaiki. Kami yakin dengan jurulatih dan kerja yang kami sedang lakukan sekarang sekali gus dapat bantu pasukan keluar daripada situasi sukar,” tambah Bissouma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN