fbpx
SAFAWI (kiri) seperti kembali menemui sentuhan penyudahnya apabila menikmati permainan bersama KL City.

Safawi penyerang terbanyak tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BINTANG sensasi Kuala Lumpur City FC (KL City), Safawi Rasid tidak mahu menerima pujian secara individu kerana menganggap seluruh pasukan berhak untuk mendapat pengiktirafan yang sama.

Safawi yang kini muncul penjaring terbanyak bagi kategori pemain tempatan dengan 10 gol lebih selesa untuk berbicara tentang pencapaian pasukan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan semua tetapi apa yang boleh saya katakan adalah saya cukup berbangga dengan pasukan kami,” katanya.

Ketika ini, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva mendahului carta penjaring terbanyak dengan 19 gol diikuti tonggak Selangor FC, Chrigor Moraes (17 gol).

Seorang lagi bintang JDT, Jairo da Silva meledak 12 gol diikuti Ronald Ngah Wanja dari Kuching City (11 gol), manakala Ajdin Mujagic yang sebelum ini bersama Sabah tetapi kini di JDT dan Safawi masing-masing meledak 10 gol.

Kapten The City Boys yang juga bintang naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue turut mengiktiraf kualiti Safawi kerana kehadirannya mampu memberi nilai tambah kepada persembahan pasukan.

“Safawi adalah pemain terbaik pasukan buat masa ini dan saya harap dia akan terus menjaringkan gol bagi membantu pasukan,” kata Josue.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN