fbpx
Gambar hiasan

‘Rugi jadi anak lelaki tidak pandai solat jenazah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada hadiah terakhir yang lebih bermakna daripada seorang anak lelaki berdiri di saf hadapan mengimamkan atau menyertai solat jenazah buat ibu bapa sendiri.

Namun, realitinya masih ramai waris lelaki yang memilih untuk ‘lepas tangan’ dan sekadar menjadi pemerhati semasa jenazah diuruskan.

Menerusi hantaran tular di Threads oleh @Ahmdfkhrll._ yang merupakan seorang ahli pengurusan jenazah, tampil kongsikan empat kesilapan yang sering terjadi semasa berlakunya kematian.

Beliau amat menekankan agar waris lelaki perlu belajar cara untuk solat jenazah kerana rugi sebagai anak atau ahli keluarga tidak balas jasa baik jenazah.

“Solat jenazah ada empat kali takbir, tiada rukuk tiada sujud,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan sebagai seorang muslim, perkara pertama sekali apabila pindah ke tempat baharu ialah dengan mencari masjid atau surau.

Masjid dan surau merupakan tempat untuk mendapatkan info-info penting yang bukan sahaja berkaitan masjid malah fasiliti, nombor telefon jawatankuasa masjid atau kemudahan awam yang telah disediakan.

“Jangan sampai waktu emergency (kecemasan) tidak tahu nak contact (telefon) siapa,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, ada yang takut untuk menguruskan jenazah kerana takut ada apa-apa terjadi pada diri sendiri atau tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Ahli jawatankuasa masjid sedia membantu dari A to Z. Jangan diamkan diri di satu sudut sambil memandang jenazah,” katanya lagi.

Akhir sekali, beliau menyarankan untuk sambut jenazah buat kali terakhir dalam liang lahad.

“Jangan kisahkan pakaian kotor kena tanah atau orang penggali marah kerana tiada siapa yang akan marah,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN