fbpx
FADHLINA SIDEK dalam sidang akhbar pada Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajah Kalsom Bandar Damansara di Kuantan hari ini.

Prasekolah KPM jadi pilihan, lebih 120,000 kanak-kanak mendaftar – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Pra-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat sambutan menggalakkan apabila menjadi pilihan ibu bapa bagi mendaftar anak-anak masing-masing bagi kemasukan baharu 2027.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, sambutan memberangsangkan daripada ibu bapa dapat dilihat apabila lebih 120,000 kanak-kanak telah mendaftar untuk kemasukan prasekolah 2027.

“Kesemua ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif berkaitan perkembangan pendidikan negara dan saya percaya ibu bapa juga mendukung hasrat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, ini perkembangan yang sangat baik untuk negara yang mendukung hasrat dan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia,”katanya pada Program Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajah Kalsom Bandar Damansara di sini hari ini.

Menurutnya pelbagai faktor yang menyebabkan prasekolah KPM menjadi pilihan ibu bapa termasuklah kualiti pendidikan yang baik dan juga akses prasekolah percuma.

Selain itu katanya, faktor tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih serta prasarana dan kemudahan sekolah yang lengkap membuatkan ibu bapa memilih prasekolah KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI