fbpx
Gambar hiasan - KREDIT JANAAN AI

Penipu ‘homestay’ sedang giat cari mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika membuat tempahan penginapan terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjalankan penipuan pakej inap desa.

Pengguna threads, Shahirah mendedahkan modus operandi kumpulan ‘scammer’ tersebut ialah menawarkan inap desa pada harga murah melalui media sosial dengan menggunakan gambar rumah pemilik lain.

“Hati-hati yag cari homestay (inap desa). Saya hampir terkena, iklan gambar bukan main, bila ws (WhatsApp) menekan-nekan minta deposit (wang pendahuluan).

“Mujur saya bijak buat semakan betul-betul, rupa-rupanya yang saya mesej scammer. Dia guna gambar rumah orang lain. Mujur dapat jumpa nombor pemilik, rumah tu pun dah penuh tempahan untuk raya,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen hantaran tersebut, pengguna, Azri memberitahu, kebiasaannya inap desa sudah penuh ditempah beberapa bulan sebelum puasa.

“Saya dah 10 tahun buat khidmat homestay (inap desa), tiga empat bulan sebelum puasa orang dah tempah. Ada yang setahun tempah untuk raya. Mana yang iklan-iklan di media sosial, semak la betul-betul. Banyak yang tipu dari betul,” pesannya.

Tambanya, golongan penipu ini biasanya menggunakan gambar rumah yang dicuri daripada laman tempahan atau akaun media sosial pemilik sebenar sebelum menawarkan harga jauh lebih murah bagi menarik perhatian pelanggan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI