fbpx
MOHAMAD NORSHAFE ditemui meninggal dunia di atas pokok oleh bapanya hari ini selepas dilaporkan hilang ketika berada di kebun di Jalan Kambau, Kampung Perepat, Tanjung Sedili, Kota Tinggi sejak Isnin lalu.

Norshafe hilang empat hari ditemui mati atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Pencarian sebuah keluarga yang kehilangan anak ketika berada di kawasan kebun di Jalan Kambau, Kampung Perepat, Tanjung Sedili di sini empat hari lalu berakhir dengan perkhabaran duka apabila pemuda itu ditemui sudah tidak bernyawa.

Difahamkan, Mohamad Norshafe Mohd Jamadil, 30, dilaporkan hilang pada 2 Mac lalu ditemui meninggal dunia di atas pokok tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurut salah seorang ahli keluarganya memaklumkan, Mohamad Norshafe ditemui sendiri oleh bapanya, Mohd Jamadil Hakim kira-kira pukul 4.30 petang hari ini.

“Ya, adik saya dah ditemui berada di atas pokok, masa jumpa dia tak bergerak. Dia sudah meninggal dunia selepas empat hari dia hilang.

“Semasa dia seorang diri mungkin dia panjat pokok sebelum bapa sedar yang dia tak ada hanya jumpa dompet dia dan kad pengenalan sahaja,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pemuda dilaporkan di kawasan kebun di Jalan Kambau, Kampung Perepat, Tanjung Sedili di sini sejak Isnin lalu ketika membantu bapanya membersihkan kebun.

Ibunya, Azizah Buhari, 52, dilaporkan berkata, dia yang menetap di Skudai dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya itu selepas bekas suaminya menghubungi anak lelaki mereka memberitahu Mohamad Norshafe tiada di pondok kebun.

Katanya, Mohamad Norshafe disedari hilang selepas ditinggalkan seketika oleh bapanya yang terpaksa bergegas menguruskan pekerja kebun yang kurang sihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI