fbpx
Program MSU Ihya Ramadan 2026 telah menyantuni 20 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang dengan sumbangan zakat dan duit raya.

MSU serah zakat, duit raya kepada 20 rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena program Ihya Ramadan, Management and Science University (MSU) telah menganjurkan Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Anak-Anak Yatim 2026 yang diadakan di Dewan Canselor, kampus induk di Shah Alam baru-baru ini.

Pada program itu, Yayasan MSU telah menyerahkan sumbangan wang zakat dan duit raya berjumlah RM120,000 kepada 20 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang melibatkan kira-kira 200 orang penghuni.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab. Yajid.
MSU berkata, antara rumah kebajikan terlibat ialah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras; Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa; Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin; Pusat Jagaan Amal Asyura; Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah.

Turut terlibat lima rumah kebajikan baharu iaitu Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Al-Faeez; Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Miskin Sg. Pinang, Klang; Pertubuhan Pendidikan dan Pembangunan Sosial Ibn Battuta; Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.

“Majlis penyerahan zakat dan duit raya ini adalah acara tradisi MSU dan mencerminkan komitmen universiti berkenaan dalam memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti.

“Selain itu, ia menyuburkan budaya bersyukur dan memberi (2G Culture) dalam kalangan warga kampus khasnya dan masyarakat amnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, MSU Ihya Ramadhan 2026 turut menyaksikan perlaksanaan lebih 657 aktiviti melibatkan warga kampus, komuniti setempat serta komuniti antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI