CLEVELAND, OHIO – Siasatan kes pembunuhan dilancarkan selepas mayat dua kanak-kanak perempuan ditemukan disumbat di dalam beg pakaian dan dikebumikan dalam sebuah kubur cetek, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Seorang pejalan kaki terkejut menemukan mayat reput itu petang Isnin lalu ketika keluar membawa anjingnya bersiar-siar berhampiran sebuah taman permainan di Cleveland, negeri Ohio.
“Salah seorang kanak-kanak perempuan itu dipercayai berumur antara 8 hingga 13 tahun, manakala seorang lagi dianggarkan berusia antara 10 hingga 14 tahun,” kata Ketua Polis Cleveland, Dorothy Todd.
Mereka ditemukan di bahagian padang yang jarang dilalui berhampiran Ginn Academy, sebuah sekolah menengah awam khusus untuk lelaki.
Kedua-dua mayat alam keadaan utuh dan tidak dikerat-kerat.
Polis masih berusaha untuk mengenal pasti identiti dua budak perempuan itu, yang dipercayai mangsa pembunuhan.
Polis meminta penduduk tempatan supaya memeriksa rakaman kamera loceng pintu untuk sebarang aktiviti yang mencurigakan, dan melaporkan sebarang maklumat. – AGENSI














