fbpx
LELAKI warga Myanmar dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang wanita senegara ditemui mati dengan kesan kelaran di leher di sebuah asrama pekerja di Jalan Nilai Universiti, di sini kelmarin direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

Ugut sebar gambar di media sosial punca kena kelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes membunuh wanita senegara yang ditemukan dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja di Jalan Nilai Universiti, di sini kelmarin direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahha berkata, perintah reman ke atas suspek warga Myanmar berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Reman ke atas suspek sehingga 11 Mac ini dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Johari berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12.55 tengah malam tadi di tepi Jalan SP 3/9, Saujana Puchong, Selangor dalam operasi khas yang dilakukan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai.

Hasil soal siasat, suspek suspek mengaku terlibat dalam kejadian bunuh tersebut dengan mengelar leher mangsa menggunakan pisau. Suspek turut menunjukkan lokasi dia membuang senjata tersebut serta beberapa barangan milik mangsa.

Motif kejadian adalah disebabkan suspek berhutang RM10,000 dan mangsa mengugut mahu menyebarkan gambar lelaki itu dan teman wanitanya di media sosial sekiranya tidak menjelaskan wang sebanyak RM5,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN