fbpx
Aliran trafik sesak di laluan Seri Kembangan dikongsikan pengguna media sosial.

Laluan Seri Kembangan sesak macam balik raya Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan trafik di sekitar Seri Kembangan di sini dianggap semakin parah sepanjang bulan Ramadan apabila kesesakan pada waktu petang tidak ubah seperti perantau pulang beraya ke Pantai Timur.

Beberapa pengguna jalan raya mendakwa kesesakan di kawasan tersebut sebenarnya sudah lama berlaku, namun keadaan menjadi bertambah teruk pada bulan puasa.

Seorang pengguna Facebook, Mohd. Faizal berkata, hampir setiap hari, dia terperangkap dalam kesesakan selama lebih dua jam sewaktu pulang dari tempat kerja.
“Kalau hari biasa pun memang sudah sesak, tetapi sepanjang Ramadan ini rasa macam semua orang keluar sekali gus.

“Keluar dari pejabat pukul 4.30 petang, mesti akan sangkut teruk bawah SKVE (Lebuh Raya Lembah Klang Selatan). Wajib air mineral dengan biskut bekal berbuka dalam kereta. Bertabahlah sementara nak cari modal repair (baiki) motosikal rosak,” kongsinya.

Sementara itu, pengguna Fadzilah berkata, laluan utama menuju ke Seri Kembangan termasuk dari arah lebuh raya utama dan jalan bandar mula dipenuhi kenderaan seawal pukul 5 petang.

Trafik menjadi semakin perlahan menjelang waktu berbuka. Keadaan itu bukan sahaja memenatkan, malah memberi tekanan kepada pemandu yang berkejar untuk pulang ke rumah sebelum azan maghrib.

“Kadang-kadang rasa macam musim balik raya ke Pantai Timur. Ada sampai tahap lima minit kereta tak bergerak langsung. Kemudian gerak sedikit, senyap balik,” kongsinya.

Semalam, ramai pengguna berkongsi situasi terperangkap dalam kesesakan di Seri Kembangan selama hampir empat jam berikutan sebuah treler rosak sehingga menghalang laluan.

“Ada yang lalu pukul 3.30 treler dah rosak, aku sangkut dekat empat jam. Hampir meroyan dalam kereta,” kata Sd Noah.

“Boleh sediakan laluan tambahan, keluar Plaza Tol LDP (Lebuh Raya Damansara-Puchong) dah sangkut teruk,” cadang Faiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN