fbpx
Gambar yang dikongsi pengguna di aplikasi Threads.

‘Inilah nasi kerabu terpaling original Kelantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga nasi kerabu meletakkan gambar kad pengenalan pada sepanduk atau ‘banner’ pada gerainya telah menarik perhatian pengguna di aplikasi Threads.

Ini kerana dakwa mereka, tindakan tersebut bukan sahaja unik malah pemilik gerai itu juga mahu menampakkan menu yang dijual itu adalah berasal dari negeri kelahirannya iaitu Kelantan.

Berdasarkan perkongsian pengguna Threads yang dikenali sebagai Amirkhuzairi kelihatan kad pengenalan pemilik gerai itu dicetak dengan saiz yang besar pada banner tersebut.

“Owner (peniaga) nasi kerabu ini betul nak bagitahu yang dia original kelantan ke?,”tulisnya pada hantaran itu.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi lokasi kedai nasi kerabu tersebut, namun difahamkan peniaga tersebut berada di sebuah bazar di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji sikap peniaga tersebut kerana jujur berniaga.

“Yela kadang-kadang yang jaga gerai nasi kerabu ini mesti orang Jawa tak pun orang Acheh. Mana maunya orang nak beli, jadi acik ni bagi bukti besar gedabak bagi orang percaya nasi kerabu ori (asal) mari dari Kelantan,”komen Meamow_meamow.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Frhnhzmi.

“Sebab ramai orang bukan Kelantan ‘claim’ nasi kerabu dia original Kelantan dah la tak sedap,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN