fbpx
HAKIM

Hakim Danish mahu tingkat komunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mengakui aspek komunikasi bersama ketua kru dan pasukan teknikal perlu dipertingkatkan segera bagi memastikan pelarasan jentera dapat dilakukan dengan lebih tepat mengikut kesesuaiannya sepanjang Moto3 musim ini.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu menyedari kepentingan tersebut selepas mengharungi pusingan pertama musim ini di Grand Prix (GP) Thailand di mana maklum balas teknikal yang baik amat ditagih untuk bersaing di kelompok hadapan.

“Ruang yang perlu ditingkatkan adalah dari segi tunggangan dan juga komunikasi dengan ketua kru supaya pelarasan jentera lebih sesuai untuk saya di litar,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama antara Aeon Credit Service dan MSI Racing Team.

Isu bahasa bukan satu masalah serius antara Hakim dan ketua mekaniknya dari Sepanyol, Jonathan Morales kerana sudah tiga tahun bersama ketika beraksi dalam saingan Junior GP, namun cabaran musim ini berbeza apabila dikelilingi barisan mekanik baharu.

Mengulas mengenai aksi pembukaan di Buriram, Hakim mengakui saingan kelompok hadapan terlalu pantas dan menuntutnya bekerja keras memperbaiki gaya tunggangan serta mencari tetapan jentera yang optimum.

“Perlumbaan di Thailand memang agak sukar. Saya cuba kejar kelompok hadapan tetapi mereka terlalu laju. Jadi saya masih perlu pertingkatkan diri bermula di sesi latihan,” katanya.

Biarpun berdepan cabaran awal, Hakim kekal optimis bahawa sasaran menaiki podium bukan sesuatu yang mustahil jika dia terus fokus dan bekerja keras.

“Dalam mentaliti saya memang mahukan podium dan saya akan bekerja keras untuk capai sasaran itu. Saya harap ia dapat dicapai secepat mungkin dan saya akan cuba berjuang dalam setiap perlumbaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN