fbpx
Nedim menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya masih belum melupakan bekas isterinya, Nora Danish susulan dia tampil mempertahankan pelakon tersebut dalam satu hantaran media sosial baru-baru ini.

Bebal kata saya tak boleh lupakan bekas isteri – Nedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan Nedim Nazri Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya masih belum melupakan bekas isterinya, Nora Danish susulan dia tampil mempertahankan pelakon tersebut dalam satu hantaran media sosial baru-baru ini.

Menurut Nedim, dia bertindak sedemikian disebabkan perkara tersebut perlu dilakukan oleh seorang lelaki dan bekas suami kepada Nora.

“Kepada bebal kata saya tak boleh lupakan bekas isteri, itu tidak betul.

“Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham?

“Lelaki yang pernah berkahwin dengannya,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambahnya, dia akan terus mempertahankan Nora sedaya upayanya selagi bintang drama Puteri berkenaan tidak mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

“Sebenarnya saya bukan baik sangat pun tapi saya tak boleh bila orang kecam bekas dia.

“Jadi, saya akan lindungi dia habis-habisan tapi kalau dia sudah berkahwin saya akan berhenti.

“Kerana perkara itu sudah melanggar urusan peribadinya,” ujarnya.

Sementara itu, Nora turut membalas kenyataan tersebut dalam ruangan dengan berterima kasih atas tindakan Nedim mempertahankan dirinya.

“Saya percaya kebaikan dan rasa hormat perlu sentiasa kekal walaupun kehidupan tidak lagi berada di jalan berbeza.

“Terima kasih atas kebaikan awak dan bersuara bila memang diperlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Nedim berharap netizen berhenti mencari kesalahan Nora yang menegurnya demi kebaikan.

Katanya, pelakon terbabit mengingatkan tentang ibadah serta rezeki, sekali gus berusaha ke arah menjadi insan lebih baik, bukan untuk dipersendakan.

Perkongsian tersebut dibuat difahamkan berkaitan komen diberikan Nora terhadap hantaran Nedim sebelum ini mengenai perniagaan yang perlahan ketika Ramadan berbanding bulan lain.

Dalam maklum balas tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu menyatakan situasi sedemikian berlaku kerana Allah meminta umat Islam memberikan lebih tumpuan terhadap ibadah.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera hidup bersama, pasangan itu bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 namun tetap menjalin persahabatan yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI