fbpx
Kepulan asap naik ke udara selepas serangan di Tehran pada 3 Mac lalu. - AFP

Amerika tenggelamkan semua kapal perang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang hampir 2,000 sasaran menggunakan lebih 2,000 bom dan misil sejak Washington melancarkan perang ke atas Iran, lapor agensi berita United Press International(UPI) semalam.

Dalam masa sama, Iran menembak sekurang-kurangnya 500 peluru berpandu balistik dan lebih 2,000 dron dalam serangan balasnya.

Dalam kemas kini operasi yang dimuat naik di platform X lewat Selasa lalu, Komander Markas Perintah AS (CENTCOM) di Asia Barat, Laksamana Brad Cooper berkata, lebih 50,000 askar, 200 jet pejuang, dua kapal induk dan pesawat pengebom telah digunakan.

“Lebih banyak aset ketenteraan dalam perjalanan, membawa sejumlah besar kuasa tembakan untuk digunakan,” katanya.

Menurut Cooper,  dalam tempoh 24 jam pertama Operasi Epic Fury, AS dan Israel melakukan serangan besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini pada skala hampir dua kali ganda berbanding peringkat pertama serangan diketuai Washington terhadap Iraq pada tahun 2003.

“Kami terus melakukan serangan 24 jam sehari tujuh hari seminggu ke atas Iran dari dasar laut ke angkasa dan ruang siber. 

“Kami telah merosakkan teruk pertahanan udara Iran dan memusnahkan ratusan peluru berpandu balistik, pelancar dan dron mereka. Secara ringkasnya, kami fokus untuk menembak semua benda yang boleh menembak kami,” kata Cooper.

Beliau berkata, pesawat pengebom B-2 dan B-1 melakukan serangan berketepatan tinggi   terhadap kemudahan peluru berpandu jauh di dalam wilayah Iran tanpa menghadapi sebarang tentangan.

Ujarnya, pengebom strategik konvensional B-52 pula telah menyerang peluru berpandu balistik dan pos arahan dan kawalan.

Cooper berkata, pasukan AS telah menenggelamkan keseluruhan tentera laut Iran iaitu 17 buah kapal dan telah merosakkan kapal selamnya yang paling cekap. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN