fbpx
Tentera Laut AS menembak kapal IRIS Dena di Lautan Hindi. - X

Amerika akan menyesal tenggelamkan kapal Iris Dena – Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran mengecam Amerika Syarikat (AS) selepas kapal selam Washington menembak dan menenggelamkan sebuah kapal perang Tentera Laut Iran di Lautan Hindi, lapor portal berita The Times of India hari ini. 

Tehran menyifatkan serangan itu sebagai kejam dan memberi amaran kepada Washington akan ‘amat menyesal’ bertindak demikian.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengutuk serangan yang menyasarkan kapal perang IRIS Dena. 

Beliau berkata, serangan tersebut berlaku jauh dari perairan wilayah Iran. Kapal Iris Dena sebelum ini terlibat dalam aktiviti bersama Tentera Laut India.

“Ingat kata-kata saya, AS akan menyesal dengan tindakan yang dilakukannya,” kata Aragchi.

Tentera Laut AS menenggelamkan kapal perang Iran yang sedang dalam perjalanan pulang selepas mengambil bahagian dalam latihan Tentera Laut Milan, eksesais berbilang yang dianjurkan oleh India. 

Sekurang-kurangnya 80 kelasi dilaporkan terbunuh dalam serangan semalam yang berlaku di tengah-tengah gelombang operasi AS-Israel terhadap sasaran Iran. 

Serangan dahsyat menyebabkan televisyen negara Iran melaporkan bahawa upacara berkabung yang dijadualkan untuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, yang terkorban pada awal konflik telah ditangguhkan.

Presiden AS Donald Trump memuji prestasi tentera Amerika dalam konflik itu, mengatakan mereka berjaya di medan perang. 

“AS telah melakukan kekejaman di Lautan Hindi, kira-kira 3218.68 kilometer dari pantai Iran. IRIS Dena, tetamu Tentera Laut India yang membawa hampir 130 kelasi telah diserang di perairan antarabangsa tanpa amaran,” kata Araghchi dalam di platform X. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN