fbpx
Erma menegaskan dirinya masih waras dan tuduhan mengatakan dia seperti sengaja menjatuhkan agama hanya kerana berkarya dengan membentangkan realiti adalah tidak benar sama sekali.

‘Ajaran sesat mengaku Rasul, tiduri wanita bukan dongeng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjadi sasaran kecaman netizen apabila dua karya terbaharunya, Jangan Panggil Aku Gus dan Walid dikatakan sengaja ‘menelanjangkan’ aib golongan beragama, penerbit dan pengarah Erma Fatima tidak tergamak berbuat demikian atas nama rating.

Erma, 58, atau nama lengkapnya, Fatimah Rahmad Ali, berkata, dia masih waras dan tuduhan melulu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, realiti yang terjemahkan melalui karya seninya bukan adalah cerminan masyarakat dan sepatutnya dijadikan iktibar kerana, tiada manusia yang sempurna di mata Tuhan.

“Sejak Bidaah tahun lalu, bermacam-macam tohmahan saya dapat — kononnya saya menjatuhkan imej Islam dan orang beragama dedebak-gedebuk apa semua.

“Saya tak peduli apa orang kata, nawaitu saya hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya, apa yang saya buat adalah untuk ingatkan diri dan semua orang bahawasanya, apabila kita nak mengangkat seseorang itu tak kisahlah Gus ke atau Walid, jangan sewenang-wenangnya.

“Misalnya, lelaki berhak untuk tiduri mana-mana wanita, tapi mereka (wanita) juga berhak untuk menolak. Tapi, kalau perempuan ‘memberi’, adakah kita nak salahkan guru itu semata-mata atau bagaimana?

“Kaum lelaki, lemahnya adalah pada kaum perempuan. Perempuan pula lemahnya pada harta atau perihal kebendaan. Di mata penonton pula, mereka hanya lihat benda yang kontroversi tanpa memahami maksud tersirat cuba saya sampaikan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu menambah, tujuannya berkarya adalah untuk bereksperimen dan memberi ‘sesuatu’ kepada masyarakat.

“Ada yang kata saya nak jatuhkan agama, gila ke saya ini?

“Daripada saya buat cerita penyondol tak habis-habis, lebih baik saya buat sesuatu yang lebih bermanfaat.

“Saya boleh je buat cerita penyondol sampai bila-bila sebab rating tinggi tapi sekurang-kurangnya, buat cerita macam Gus dan Walid, ada sikit peratus saya sedarkan masyarakat bahawa wujudnya manusia-manusia yang bertopengkan syaitan,” katanya.

Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesan 10 ajaran sesat yang masih aktif bergerak dan sedang dalam perhatian dan pemantauan.

“Sesat sampai yang mengaku Rasul dan meniduri perempuan. Jadi, adakah cerita saya bikin sekadar dongengan sampai orang nak marah sangat?

“Apa yang saya paparkan adalah kisah benar dan sedang berlaku di luar sana. Fikirlah dengan hati yang terbuka,” ungkapnya.

Erma kini hadir dengan dua drama sensasi iaitu Jangan Panggil Aku Gus untuk tayangan aplikasi Karya Reels dan Walid terbitan platform penstriman, Viu Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI