fbpx
Gambar hiasan.

3 pertukaran pegawai kanan, Datuk Aida dilantik Pengarah JIPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan melibatkan tiga pegawai kanan dalam usaha memperkukuh kepimpinan serta pentadbiran pasukan itu.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran tersebut melibatkan beberapa jawatan penting di Bukit Aman.

Antara yang terlibat ialah Deputi Komisioner Datuk Aida Abdul Hamid yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

Beliau kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).

Selain itu, Deputi Komisioner Redzuan Abd. Hamid yang sebelum ini Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, juga dengan memangku pangkat CP.

Pertukaran jawatan seterusnya melibatkan, Deputi Komisioner Datuk Suryani Sungit yang sebelum ini Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Beliau kini bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN