fbpx
Tujuh pelajar Selangor yang dilaporkan terkandas di Jeddah, Arab Saudi.

Tujuh pelajar Selangor terkandas di Jeddah selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tujuh pelajar Selangor yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi, dilaporkan selamat dan telah dipindahkan ke Jordan susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua pelajar yang menuntut di Jordan itu memasuki Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah dan sepatutnya pulang semula pada 28 Februari lalu.

Menurutnya, wakil kerajaan Selangor segera menghubungi pegawai Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Hijaz Ramli bagi mendapatkan bantuan.

“Semua pelajar itu ditempatkan di pejabat konsulat berkenaan selama satu malam sebelum dipindahkan ke hotel berdekatan sementara menunggu proses penghantaran pulang ke Jordan.

“Mereka bergerak pulang melalui jalan darat menggunakan bas pukul 10.30 pagi 3 Mac waktu Jeddah bersamaan 3.30 petang waktu Malaysia dan perjalanan mengambil masa 24 jam untuk tiba ke destinasi,” katanya hari ini.

Tambah Amirudin, terdapat 12 lagi pelajar Malaysia di Jordan yang turut mengalami situasi sama.

“Kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan konflik bagi memastikan kebajikan dan keselamatan anak Selangor di rantau berkenaan sentiasa terpelihara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI