fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Pierrotgoingdumb di laman Threads

Pengunjung rimas peniaga guna kain rentang rekaan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan segelintir peniaga bazar menggunakan ‘banner’ rekaan kecerdasan buatan (AI) mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung apabila didakwa tidak menarik dan mengelirukan.

Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh @Pierrotgoingdumb, kelihatan sebuah gerai menjual kuih-muih tradisional hanya menggunakan banner ringkas bertulis tangan berbanding gerai lain yang sarat dengan grafik berunsur AI.

“Peniaga bazar yang pakai kain rentang AI mesti tengah gelabah kan?” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak suka terhadap poster atau kain rentang yang dihasilkan menggunakan AI.

“Dah la guna banner AI, template semua sama. Tak menarik pula tu. Entah la tak faham. Canva percuma kan ada kalau tak reti sangat edit pun,” kata @Thezorross.

Seorang lagi pengguna berpendapat poster AI selalunya terlalu sarat dengan warna terang sehingga mesej utama gagal disampaikan.

“Poster AI sangat buruk. Tak ‘point out’ produk. Terlalu bright, terlalu banyak elemen, warna terlalu tepu sampai tenggelamkan apa yang penjual nak sampaikan,” ujar @Longnshortstory.

Malah, ada juga yang mengambil pendekatan lebih ekstrem dan mengakui tidak akan singgah ke gerai yang menggunakan imej AI pada kain rentang.

“Kalau nampak kedai guna gambar AI memang aku tak singgah. Rasa dia sama macam beli produk ‘made in China’,” kata @Nazrul_Farhan_M.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak berpendapat penggunaan AI bukanlah satu kesalahan, namun harus pandai membezakan cara penggunaan AI sebagai alat untuk membantu dan bukannya membiarkan AI untuk menjana keseluruhan rekaan.

“Tiada masalah nak guna AI, tapi masalah dia bila bergantung 100% untuk ‘generate images’. Setakat buat sebagau tool boleh la, sentuhan manusia itu masih lagi penting,” ujar @Xnnmmoo. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI