fbpx
Gambar hiasan.

Lima lelaki diberkas gaduh di Balai Polis Meru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan sekumpulan lelaki mencetuskan kekecohan sehingga berlaku pergaduhan di Balai Polis Meru mengundang padah apabila lima daripadanya ditahan kelmarin.

Kelima-lima lelaki tempatan yang ditahan berusia 28 hingga 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kekecohan berlaku kira-kira pukul 9.40 malam hari sama ketika tiga lelaki tempatan hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis.

Katanya, mereka kemudiannya didatangi lima lelaki lain sebelum berlaku perbalahan.

“Salah seorang daripada suspek telah bertindak memukul menggunakan sebatang besi.

“Kekecohan tersebut turut mengakibatkan kerosakan sebuah televisyen milik balai sebelum semua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, bertindak maklumat kemudiannya membawa penahanan lima lelaki dengan punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Lima suspek itu direman tiga hari dan
kes disiasat di bawah Seksyen 148, Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

“Polis kini giat mengesan beberapa lagi individu yang dikenal pasti terlibat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN