fbpx
PERSEORANGAN negara, Leong Jun Hao melangkah ke pusingan kedua All England.

Kejutan Jun Hao di All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencuri tumpuan di Kejohanan Badminton All England selepas melakar kejutan besar apabila  menumbangkan pemain ranking ke-13 dunia, Kenta Nishimoto, awal pagi tadi.

Jun Hao yang kini berada di ranking ke-29 dunia, mempamerkan semangat juang luar biasa untuk bangkit menewaskan wakil Jepun itu dalam aksi sengit yang berlarutan selama 1 jam 21 minit.

Biarpun hampir dikejutkan pada set ketiga, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu menang dengan keputusan 21-17, 13-21, 21-18, sekali gus memperbaiki rekod pertemuannya menentang Nishimoto kepada 4-3.

Bagaimanapun, Jun Hao perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan apabila pemain berusia 26 tahun itu akan berdepan seorang lagi wakil Jepun, Koki Watanabe yang berlangsung esok.

Watanabe turut mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan bintang Denmark yang juga pemain nombor tiga dunia, Anders Antonsen, dengan kemenangan mudah 21-8, 21-12.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa kem beregu lelaki negara apabila dua wakil Malaysia terkandas di pusingan awal.

Pasangan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi masih gagal keluar daripada kemelut prestasi hambar apabila tunduk kepada gandingan nombor lima dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri. Yew Sin-Ee Yi tewas straight set 9-21, 17-21 dalam tempoh 32 minit.

Turut menerima nasib sama ialah pasangan muda, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal yang terpaksa akur dengan kehebatan beregu veteran Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Gandingan negara itu tumpas 13-21, 17-21, sekali gus menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan kini terikat 1-1. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN